Wednesday, June 17, 2015

Chapter 3.0

Salam..

Lama sungguh xupdate pasal iswara aku.. bukan apa sejak berkahwin 2013, masa banyak habiskan bersama keluarga. Tambahan dengan kehadiran orang baru pada May 2014 lagi la masa aku difokuskan pada mereka. Jadi kereta yang dulu menjadi teman, hobi, bahan eksperimen aku dah terbiar, usang, xbergerak di parkir rumah. Sedih jugak tengok keadaannya. Pergi ofis pun guna kenderaan wife (Viva auto) sebab jalan agak sesak ke Port Klang gara-gara pembinaan fly-over membuatkan aku lagi malas nak bawak iswara keluar.

Tahun ni rezeki lebih buat aku dan keluarga.. Rumah pun sudah aku berjaya miliki, dan baru-baru ni aku baru membeli sebuah kereta baru.Kereta tempatan sahaja. Walaupun begitu, hati ini masih ada rasa sayang dengan sahabat lamaku ini. Ada yang sudah merisik iswara ku ini.. Tapi adik ku sendiri kata mahu menyambung menjaga kereta pusaka ini.. Hai, pening nak buat keputusan.

Moga diberi kekuatan untuk meneruskan projek rebuild ini.. Stay tune for more adventure



Thursday, February 6, 2014

Chapter 2.5

As Salam. Ada masalah besar dengan kereta saga buruk aq ni.. time layan corner je, macam ada lag sikit/fuel xsampai ke engine.. tambah2 kalau minyak tinggal suku, lagi teruk.. aq difahamkan oleh pomen saga ni, punca masalah ni sebab fuel supply tidak cukup untuk pembakaran bagi kereta yang pakai fuel injection system. Solution bagi masalah ni, kena tambah external fuel pump supaya fuel supply mencukupi untuk menjana tenaga. Biasa masalah ni tak terjadi kalau minyak full tank. Tapi dah jadi tabiat aq kalau minyak xtinggal suku/bawah takuk yang last memang aq xpegi isi la jawabnya.hahaha..Banyak brand external fuel pump yang bagus2 di pasaran sekarang macam Walbro, Aeromotive, Bosch dsb.. Cuma kalau ongkosnya banyak boleh la beli brand ni. Cadangan yang saving sikit, beli je dari halfcut spt fuel pump dari model kereta Mercedes/BMW pun sudah memadai.. hurm...memang kena modal lagi la nampaknya.
Walbro 255lph