Monday, January 7, 2013

History

Hai.. macam yang aq bagitau dalam post lepas, aq akan share la sikit pasal saga aq ni... So sebelum mula memandu ni kena la ada lesen betol x? so seingat aq la aq ambik lesen kereta ni lepas aq tamat belajar kolej di selatan tanah air dulu..masa tu nak kerja memang malas la kan..biasa la gunakan alasan nak 'honeymoon' lepas penat study..3 tahun tu. nampak macam pendek tapi tanya badan sendiri la larat ke x nak harung life kat universiti tu..CUT OFF!!!
So disebabkan kemalasan aq nk cari kerja, mak aq suggest untuk ambik lesen kereta sebab kereta sekarang dah ada dua bijik..(dalam tahun 2008 macam tu la ayah aq beli MPV as family car sebab senang nak balik kampung@jalan jaoh). Tinggal la SAGA 8V ni dalam garaj, berabuk, dan tak diservis.. Dengan besar hati aq merelakan diri untuk mengambil amanah untuk membela la kereta yang dah terlalu banyak berjasa kepada aq dan keluarga selama ni..
Ni la gambar kereta asal sebelum aq take over untuk 'bela'. So aq mula la belajar pasal kereta sikit-sikit,yela kot kalau jadi ape2 kat jalan xdela kalut sangat betol x? Kereta ni aq amik dulu memang standard gaban, takde modified.. Biasala hak milik orang tua memang xkan nak diubahsuai..TAPI...AQ RIMAS TENGOK BENDA STANDARD NI!!! Aq rasa banyak nak kena 'TUKAU' bak kate orang Melaka. Dan aq lebih mengutamakan performance dari outlook&style. Kereta buruk kalau laju orang pun jeling betul x?