Wednesday, June 17, 2015

Chapter 3.0

Salam..

Lama sungguh xupdate pasal iswara aku.. bukan apa sejak berkahwin 2013, masa banyak habiskan bersama keluarga. Tambahan dengan kehadiran orang baru pada May 2014 lagi la masa aku difokuskan pada mereka. Jadi kereta yang dulu menjadi teman, hobi, bahan eksperimen aku dah terbiar, usang, xbergerak di parkir rumah. Sedih jugak tengok keadaannya. Pergi ofis pun guna kenderaan wife (Viva auto) sebab jalan agak sesak ke Port Klang gara-gara pembinaan fly-over membuatkan aku lagi malas nak bawak iswara keluar.

Tahun ni rezeki lebih buat aku dan keluarga.. Rumah pun sudah aku berjaya miliki, dan baru-baru ni aku baru membeli sebuah kereta baru.Kereta tempatan sahaja. Walaupun begitu, hati ini masih ada rasa sayang dengan sahabat lamaku ini. Ada yang sudah merisik iswara ku ini.. Tapi adik ku sendiri kata mahu menyambung menjaga kereta pusaka ini.. Hai, pening nak buat keputusan.

Moga diberi kekuatan untuk meneruskan projek rebuild ini.. Stay tune for more adventure