Thursday, February 6, 2014

Chapter 2.5

As Salam. Ada masalah besar dengan kereta saga buruk aq ni.. time layan corner je, macam ada lag sikit/fuel xsampai ke engine.. tambah2 kalau minyak tinggal suku, lagi teruk.. aq difahamkan oleh pomen saga ni, punca masalah ni sebab fuel supply tidak cukup untuk pembakaran bagi kereta yang pakai fuel injection system. Solution bagi masalah ni, kena tambah external fuel pump supaya fuel supply mencukupi untuk menjana tenaga. Biasa masalah ni tak terjadi kalau minyak full tank. Tapi dah jadi tabiat aq kalau minyak xtinggal suku/bawah takuk yang last memang aq xpegi isi la jawabnya.hahaha..Banyak brand external fuel pump yang bagus2 di pasaran sekarang macam Walbro, Aeromotive, Bosch dsb.. Cuma kalau ongkosnya banyak boleh la beli brand ni. Cadangan yang saving sikit, beli je dari halfcut spt fuel pump dari model kereta Mercedes/BMW pun sudah memadai.. hurm...memang kena modal lagi la nampaknya.
Walbro 255lph

Sunday, February 2, 2014

Chapter 2.4 (cont)

OK..last week hari khamis sempat hantar saga buruk masuk bengkel upgrade clutch.. actually project ni dah lama nak buat, tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, terpaksa tangguh. barang pun dah lama dapat, ronda2 halfcut area Klang sampai ke Kapar, dapat clutch set 1.8 (plate dalam 70% & cover) sekali dengan flywheel supertouring 8.5 inchi. Harga ambil masa tu dalam RM170. Mahal juga rasanya.tapi sebab last piece, sambar aje lah. Mula2 sembang ngan pomen saga buruk ni, cadangnya nak skim sikit bagi kurang beratnya, tapi pomen aq cakap xpayah skim, so aq follow. Dia offer clutch plate MMC, pakai clutch cover aq. Gambar lupa nak snap sebab rushing. Performance, rasanya belum fully tested lagi, tapi rasa keras sikit time pijak pedal clutch tu dan lebih grip setiap kali change gear. Kena bawak atas highway dulu baru boleh rasa. Ape2 pun, costing calculation:-

Clutch set 1.8(plate brand Valeo+cover) + Flywheel Supertouring=RM170. Labour+1.8cc MMC+bearing+driveshaft oilseal+new gearbox oil=RM380. Remaining item not used: Valeo plate 1.8 (70% condition).